Saturday, September 4, 2010

Orkid





Aku dipusara menanti haruman kasturi
dimalam gelita..
ya.. itulah purnama
Nikmatnya bayu lembut seakan belati
menghiris lembut
namun melukakan
bukan jasad dan badan
tapi hati dan perasaan
Intaiku dari ruang lena kerana
ku sedar tiada setanding
orkid dan teratai
pergilah dikau seru namanya
Seribu bintang tak mungkin tenang
tanpa satu purnama
ya.. bungaku
tiba masa ku pergi
muncullah dan jenguklah
ke jendela mimpiku

nukilan : solleh